Monday, July 11, 2022

Good or bad is Good


Saya hari ni tidak sama dengan saya sepuluh tahun yang lepas. Banyak perkara yang saya belajar dan pengalaman hidup yang saya tempohi untuk sampai ke tahap ini. Hidup ini hanyalah sementara. Tempat untuk kita beribadah kepada ALLAH swt dan memakmurkan muka bumi sambil memberi manafaat kepada semua.

Never in a million years I thought that I could be at peace with who I am and be thankful for all that I have. Memang menarik cara Allah tegur kita. Mungkin selama ni saya terlalu risau dengan masa depan bersama dengan bekas suami, sentiasa tidak tenang dan ragu-ragu. Allah pisahkan kami. Saya faham yang saya perlu tempohi hidup sendiri. Namun hati ini sangat yakin yang Allah akan bantu saya. Saya cuma perlu buka mata dan pintu hati saya terhadap perkara yang Allah nak tunjukkan pada saya.

Saya dipertermukan dengan Program Ayam Kampung PAKKP dan Program Hakmilik IKBS yang diurus oleh Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak melalui seorang kawan. Pada mulanya memang saya rasakan program ni too good to be true. Boleh ke bertahan? Boleh ke percaya? 

Saya pujuk diri ini untuk buka minda dan terima yang program ini adalah program derma. Saya dah lama amalkan menderma RM1 sehari dan telah merasakan keajaiban menderma. Kali ni saya menderma dengan jumlah yang lebih besar daripada RM1. Saya yakin dan percaya bila kita niatkan menderma, Insya Allah rezeki tidak akan putus-putus. Keputusan yang saya buat pada tahun 2018 adalah tepat, saya bina kecukupan diri dan keluarga saya dengan program ini. Alhamdulillah saya telah berada dalam keadaan kewangan yang mencukupi untuk diri dan anak-anak. Perjuangan saya masih belum tamat. Sekarang ni saya terpanggil untuk menyampaikan kebaikan dan manafaat program ini kepada masyarakat pula.

Banyak success story, pengalaman dan perubahan mindset yang ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan penulisan saya ini boleh membantu bagi yang memerlukan. Insya Allah. Kita sambung pada next entry ye.

Thursday, July 7, 2022

Random Thursday

 

Seronok bila dapat sembang kecukupan dengan mereka yang setuju. Walaupun program ini baik dan dapat bantu semua lapisab masyarakat namun masih ramai lagi diluar sana yang masih belum faham dan belum nak setuju. 

Banyak perkara yang kami bincangkan. Perkara utama yang paling susah nak ubah adalah mindset. Bila mindset kita terbuka mudah je nak terima dan setuju - derma dapat manafaat.

Some random facts about today

- derma dapat manafaat, kita tenang-tenang saja

- sayang pada diri sendiri, kita menderma

- meeting hari ni pagi dan petang

- berjaya mulakan hari dengan bersenam dan menderma

- jadikan productiviti sebagai habit

- masih dalam proses untuk Build a Second Brain with Evernote

- i love technology 

- oh orang kata harga ayam mahal, harga minyak masal mahal. Esok kena buat survey la betul ke tak sebab kat Pusat Aktiviti Runcit PAKKP ayam percuma je untuk peserta 

- ok hari dah malam boleh beradu

Tuesday, July 5, 2022

Make a decision to live your life


Lama sungguh tinggalkan blog ni bersarang tanpa ada post baru. Alhamdulillah saya masih lagi bernafas di muka bumi ni. So many things happened in my life that I decided to take a break from posting kat sini. Kadang kala kita perlu step back and assess. Moving forward nak teruskan dokumenkan apa dalam blog ni.

Looking back, banyak memory yang direkodkan disini. Lama juga fikir, nak delete entry lama atau nak biarkan sahaja sebagai sebahagian daripada cerita saya. In the end saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja sebagai rekod. 

Sekarang ni telah masuk bulan Julai 2022, bermaksud ada beberapa minggu sahaja akan masuk ke tahun baru. Rasa terkilan juga sebab pada awal tahun tidak membuat keputusan untuk mulakan semula penulisan dalam blog ni. Mungkin banyak cerita boleh dikongsikan. Anyway, saya berpegang kepada prinsip looking forward. Tidak ada apa yang saya boleh lakukan tentang masa silam. Keputusan hari ini lah yang akan menentukan masa depan saya.

Matlamat utama saya mulakan semula penulisan di blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya dan dalam masa yang sama membantu anda untuk mencapai kecukupan. Semoga ilmu-ilmu dan life hack yang akan saya kongsi kan disini dapat membantu anda semua.

Terima kasih kepada pembaca setia saya dan welcome kepada yang baru jumpa blog ni. Semoga kita semua tenang-tenang sahaja. 

Good or bad is Good

Saya hari ni tidak sama dengan saya sepuluh tahun yang lepas. Banyak perkara yang saya belajar dan pengalaman hidup yang saya tempohi untuk ...